Arwah mula terkenal dengan menjuarai pertandingan nyanyian Mentor pada tahun 2005. Semenjak itu beliau mengembangkan karier sebagai artis rakaman, pengacara dan pelakon.
Sebagai pelakon suara, beliau terkenal kerana menyumbangkan suara kepada watak Aladdin dalam filem Aladdin (2019) versi alih suara, dan juga sebagai Kapten Kaizo dalam siri animasi Malaysia, BoBoiBoy Galaxy. Dengan pemergiannya yang tiba-tiba ini akibat serangan jantung, beliau tidak berkesempatan menyaksikan karya suara terakhirnya dalam BoBoiBoy Galaxy: Windara di mana beliau memegang watak Maripos.
Takziah diucapkan kepada keluarga, rakan-rakan dan para peminat beliau. Semoga aman di sana, wahai Saudara Nabil.