Selamat hari jadi diucapkan kepada tokoh-tokoh berikut:
Kharul Izwan Idahan - 6 November
Amylea Azizan - 26 November
Semoga sihat sentiasa dan selamat maju jaya!
Fakta November: Filem animasi Disney Frozen dikeluarkan di pawagam seluruh dunia pada 28 November 2013. Ia pernah diberi versi alih suara Bahasa Malaysia untuk tayangan pawagam, menampilkan barisan pelakon suara selebriti seperti Marsha Milan (Elsa), Liyana Jasmay (Anna) dan Ray Dapdap (Olaf).
Fakta lagi menarik: Amylea Azizan menyumbangkan suara nyanyian untuk Anna. Apabila Frozen 2 dialih suara, Amylea juga ambil alih suara pertuturan untuk watak yang sama.
Maklumat lanjut terdapat di sini.