Assalamualaikum & Selamat Sejahteta, Min. Min, saya nak nyatakan sesuatu. Boleh tak Min ataupun sesiapa sahaja jangan buat list Dubber Yang tak complete? Terutamanya untuk Siri TV.
Bukan apa, Min. Untuk siri Ultraman Arc akan datang, saya pasti ada orang dalam group FB akan buat list Dubber siri tu selepas 1 Episode. Saya cadangkan tunggu dahulu sehingga kesemua episode ditayangkan. Saya nak maklumat semua dubber yang terlibat betul dan accurate sahaja.
Lagi satu, kadang kadang sesetengah watak tu bertukar suara di episode yang lain. Itu saya lebih prefer tengok sampai episode akhir kalau time saya buat list dubber.
Juga, untuk movie, Min janganlah buat list yang tak complete terutamanya movie HBO. Untuk movie Babylon (2022), itu memang payah sikit sebab filem itu hanya tayang lewat malam sahaja. Yang saya letak itu kira nasib baik je. Harap Maklum.