Alih Suara

Doraemon: Nobita and the Animal Planet merupakan filem anime yang diadaptasikan dari manga Cerita Panjang Doraemon: Bintang Misteri oleh Fujiko Fujio, diarahkan oleh Tsutomu Shibayama dan dihasilkan oleh syarikat Asatsu DK dan Shin-Ei Animation untuk tayangan di pawagam oleh Toho pada 10 Mac 1990.

Sinopsis

Geng Doraemon berlima dibawa oleh kabus merah jambu ke planet yang didiami haiwan antropomorfik. Menurut legenda, nenek moyang penduduk planet itu pernah mendiami bulan tetapi telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri dari makhluk ganas yang hidup di sana. Geng Doraemon menjelajahi planet aneh ini sehingga menemui rahsia di sebalik kabus tersebut.

Barisan Pelakon[]

Watak Pengalih Suara Suara Asal
Doraemon Ruhaiyah Ibrahim Nobuyo Ōyama
Nobita Nobi Azizah Jais Noriko Ohara
Shizuka Minamoto Zairaini Sarbini Michiko Nomura
Takeshi "Gian" Goda Sharul Titis Kazuya Tatekabe
Suneo Honekawa Irwan Isnin Kaneta Kimotsuki
Tamako Nobi Ruhaiyah Ibrahim Sachiko Chijimatsu
Chippo Noriah Abd Rahman Mayumi Tanaka
Ayah Chippo Osman Abdullah Keaton Yamada
Ibu Chippo Zairaini Sarbini Run Sasaki
Komander Irwan Isnin Masayuki Katō

Pautan Luar[]