Ivy + Bean: Doomed to Dance merupakan filem kanak-kanak yang diadaptasikan dari novel sama tajuk oleh Annie Barrows, diarah oleh Elissa Down dan diterbitkan oleh Kindle Entertainment untuk Netflix. Ia merupakan bahagian terakhir dalam trilogi Ivy + Bean yang distrimkan serentak di Netflix pada 2 September 2022.
Sinopsis
Setelah mendapati bahawa bilik air sekolah diganggu oleh hantu, Ivy dan Bean dengan bantuan rakan-rakan sekelas mengadakan satu ritual untuk meleraikan hantu-hantu terbabit dan menyelamatkan sekolah.