The Italian Job merupakan filem aksi bertema rompakan besar-besaran (heist) dari Amerika Syarikat yang diarah oleh F. Gary Gray dan dihasilkan oleh De Line Pictures untuk Paramount Pictures pada tahun 2003. Ia merupakan bikinan semula untuk filem British sama tajuk yang pernah dihasilkan pada tahun 1969.
Sinopsis
Setelah dikhianati dan hampir maut di Itali, Charlie Croker dan gengnya merancang rompakan emas besar-besaran daripada bekas sekutu mereka.